Berita mengejutkan dari Adibah Noor

Pada: Isnin, 23 Mei 2016
gambar SuriaFM

Adibah Noor, 46, mengesahkan meletakkan jawatan sebagai deejay radio Suria FM bermula 31 Mei ini. Adibah berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi mampu membahagikan masa antara tugas di konti dan komitmen lain.

"Bayangkan, pagi-pagi lagi saya perlu berada di konti. Selepas itu, ada masanya, saya perlu menghadiri majlis tertentu. Kadang-kala rasa seperti tidak cukup rehat. Saya bimbang ia boleh mengganggu kualiti kerja.

"Cukuplah tiga tahun saya berkhidmat dan memberi apa yang difikirkan terbaik buat Suria FM. Apa lagi saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang penyiaran, jadi mungkin saya sudah ketandusan idea dan kreativiti untuk membawa Suria FM ke peringkat lebih tinggi.

"Sehubungan itu, saya undur diri bagi memberi laluan kepada bakat yang lebih baik dan kreatif,"

"Orang putih kata 'quit while you are ahead'. InsyaAllah saya tinggalkan bidang penyiaran radio dengan kemenangan dan kenangan yang manis buat Suria FM dan semua penyokong setia Ceria pagi Suria FM," katanya kepada BH Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..