Apa motif gambar mesra Nadia Brian, Syafie Naswip

Pada: Ahad, 1 Mei 2016
Syafie Naswip memberitahu gambar mesranya dengan aktres Nadia Brian hanyalah untuk mencari keserasian dalam drama terbaharu mereka berjudul Sape Dari Itali.

Syafie turut menafikan sudah mempunyai bibit cinta dengan pelakon baharu berkenaan selain bertujuan untuk promosi awal kepada drama tersebut.


"Kami belum lagi sampai ke tahap bercinta itu cuma saya selesa bekerja dengan dia biarpun dia pelakon baharu, tapi dia berbakat dalam bidang lakonan ini.

"Selain mencari keserasian sebagai gandingan, kami saja-saja bergambar bersama untuk tujuan promosi awal drama tersebut yang bakal disiarkan di RTM tidak lama lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..