Amy Search vs Awie Wings - isu Yazit

Pada: Khamis, 26 Mei 2016
Amy Search kecewa dengan kenyataan yang dibuat penyanyi sealirannya, Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad.
Komen daripada Awie tersebut benar-benar melukakan hatinya.
"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak,"

"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelas Amy.

Katanya, menurut portal Astro Awani, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.
"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini," Awie
Projek MMO turut melaporkan Awie sebagai berkata, ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing. Jelasnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," katanya.

Namun, Amy pada minggu lalu menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Kemelut antara Yazit dan Amy berlaku susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..