Aedy Ashraf kena sound oleh Jejai!

Pada: Selasa, 24 Mei 2016
Gara-gara berkawan rapat dengan Fasha Sandha, pelakon Aedy Ashraf, 23, mendakwa pernah ditegur bekas suami aktres popular itu, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli.

Menurut Aedy, dia tidak pernah menganggap Fasha lebih daripada seorang kawan, malah mereka saling membahasakan diri sebagai adik dan kakak lapor Mynewshub.
“Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha.

“Sebenarnya saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam drama bersiri Lara Aishah,” katanya, seperti disiarkan BH Online.
Penjelasan Aedy ini timbul bagi mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia ‘diserang’ Jejai dalam satu kejadian, baru-baru ini.

Ketika ‘diserang’ Aedy dikatakan sedang berbual bersama Fasha dan beberapa kenalan lain, sebelum didatangi Jejai.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..