Adira AF dicop selekeh. Ini komen dia tak kisah..

Pada: Rabu, 25 Mei 2016
Seringkali dikritik kerana imejnya yang disifatkan terlalu selekeh, Adira AF menjelaskan bahawa dia tidak kisah dan ambil berat mengenai itu kerana Adira akui yang dia tidak boleh memuaskan semua kemahuan dan kehendakn peminatnya.
“Biarlah apa orang kata kerana sebagai manusia, kita tidak boleh menutup mulut orang. Lumrah kehidupan sebagai anak seni tidak pernah terkecuali daripada kutukan. Ini kerana hakikatnya, tidak semestinya semua yang dilemparkan itu adalah kata-kata pujian”

“Bercakap soal gaya, saya meminati gaya minimalis dan suka warna hitam. Mungkin ini memperlihatkan saya sering keluar dengan penampilan yang seakan sama. Saya tahu bagaimana hendak menjaga nama baik suami dan status yang disandang sebagai selebriti”

“Namun, mungkin saya lebih gemarkan gaya sederhana dan tidak begitu bijak bergaya seperti sesetengah artis lain,” jelasnya kepada BH Plus.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..