3 minit jual, untung RM1.3 juta!! - tudung Neelofa

Pada: Rabu, 25 Mei 2016
Neelofa mendedahkan tudung jenamanya, Naelofar Hijab meraih RM1.3 juta dalam masa tiga minit.

Neelofaberkata hasil jualan tersebut membuktikan pelanggan berpuas hati dengan koleksi dan juga kualiti kain jenamanya.

“Jualan paling tinggi adalah melalui stokis dan setiap kali kami buka tempahan, dalam masa satu hingga lima minit tudung-tudung kami akan habis dibeli mereka.

“Kadang-kadang jualan itu boleh mencecah RM1.2 hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja dan dalam masa yang sama juga kami boleh habiskan oder.

“Kami tak buka tempahan untuk rekaan yang banyak, selalunya mungkin dalam satu atau tiga rekaan sahaja.

“Melihat hasil jualan tersebut, kami dah boleh nampak kepercayaan yang diberikan oleh stokis dan juga pelanggan kami terhadap Naelofar Hijab dari segi kualiti dan harga yang ditawarkan,” katanya memetik AstroGempak

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..