Yatt Hamzah terlibat kemalangan.. Keadaannya...

Pada: Jumaat, 29 April 2016
Yatt Hamzah bersyukur selamat selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, petang semalam.

Kereta jenis Kia Optima K5 miliknya, rosak teruk pada bahagian depan akibat terlanggar pembahagi jalan.
"Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup.

"Saya tidak mengalami kecederaan malah adik ipar dan pembantu peribadi semuanya selamat. Namun, kami masih trauma,

"Kami bergegas keluar dari kereta dan mencari tempat berlindung dalam keadaan terketar-ketar. Jika dilihat keadaan kereta yang rosak teruk, ramai tidak percaya kami masih hidup malah tidak cedera," katanya memetik Bharian Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..