Wak Doyok bercinta dengan bekas isteri Sultan Brunei?

Pada: Rabu, 6 April 2016
Wak Doyok yang kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan bekas personaliti TV3 dan juga bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim enggan mengulas lanjut mengenai hal itu ketika ditanya pihak media mengenai kesahihan berita tersebut.
“Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu adalah lebih baik saya berdiam diri sahaja.

“Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling saya perkatakan. Persepsi mereka saya hanya anggap biasa saja.

“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu. Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu fesyen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri. Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian,” katanya memetik Harian Metro.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..