Wajah F&N Sirap yang sebenarnya... (7 gambar)

Pada: Selasa, 12 April 2016
Seorang gadis cantik, Madihah, 18 tahun, akhirnya merungkai persoalan milik siapa sebenarnya wajah comel yang selama ini menghiasi botol F&N melalui satu posting di laman Instagram dan Twitter miliknya.

Sebelum ini dikatakan heboh di laman sosial dengan teka-teki siapakah pemilik rupa itu.

Ada yang mengatakan wajah budak perempuan itu ialah milik selebriti Liyana Jasmay.


Memang benar seperti tanggapan ramai, jika diimbas sepintas lalu, wajah budak perempuan itu mirip penyanyi kecil molek Liyana Jasmay.

Namun tiada sebarang reaksi dari selebriti berasal dari Melaka itu berkaitan teka-teki yang melanda netizen negara ini.

Akhirnya persoalan dan teki-teki itu terjawab apabila empunya diri telah tampil mengaku bahawa wajah yang menghiasi botol kordial jenama F&N itu adalah dirinya.

Wanita yang dikenali sebagai Madihah telah merungkai persoalan itu melalui satu posting yang dimuat naik ke dalam laman Instagram dan Twitter miliknya

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..