Ucapan Liyana Jasmay ini buat rakyat Sabah berang!

Pada: Isnin, 25 April 2016
Artikel penuh dibawah ini memetik portal mStar Online

Pelakon Liyana Jasmay memberitahu suaminya sering menjadi mangsa peminat-peminatnya untuk bergambar biarpun dia bukanlah selebriti terkenal.

Liyana, 28, berkata, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil bergambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.


"Kasihan juga melihat suami saya dia bekerja di Sabah dan orang di sana ramai yang mengenali dia sebagai suami saya, jadi mereka selalu juga minta untuk bergambar dengannya.

"Selalu saya dapat notification di laman sosial ada sahaja peminat yang bergambar dengannya dan tag saya, mereka kata tidak dapat bergambar dengan saya, suami saya pun jadilah," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, Liyana berkata, peminat di negeri itu sedikit fanatik membuatkan dia sendiri agak takut untuk keluar bersendirian jika melawat suaminya di negeri itu.

Katanya, dia pernah mempunyai pengalaman diekori oleh individu tidak dikenali ketika keluar membeli barang secara bersendirian.
"Jika saya ke Sabah, Saya hanya duduk rumah sahaja kerana takut untuk keluar bersendirian kerana saya pernah ada pengalaman buruk di sana.

"Saya diekori oleh orang tidak dikenali ketika sedang membeli-belah bersendirian, nasib baik tiada apa yang berlaku kerana segera balik ke rumah, selepas kejadian itu saya tidak berani keluar secara bersendirian lagi," ujarnya.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..