Syanie akhirnya bercerai...

Pada: Rabu, 6 April 2016
Syanie mengaku beliau tidak berdepan sebarang tekanan malah kehidupannya juga tenang saat dikatakan sudah bercerai taklik dengan suami, Nadi Putera Mohd Zainal, 29. Enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin terbabit, Syanie ketika bercakap BH Online bagaimanapun berkata beliau akan berkongsi juga cerita sebenar apabila tiba masanya nanti.

"Tunggulah masa yang sesuai, nanti saya kongsi. Tetapi kehidupan saya memang okey ketika ini. Saya memang tidak tertekan pun dengan perkara yang tak sepatutnya.

"Kalau ada tekanan sekali pun, ia hanyalah mengenai kerja dan keluarga. Selain itu memang tiada apa-apa. Saya pada masa sama beruntung kerana ada keluarga seperti ibu dan adik yang sentiasa berada di sisi. Tak ketinggalan teman rapat dan pengurus saya," katanya.

Syanie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin rumah tangganya bersama Nadi Putera sudah berakhir, awal tahun ini. Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu berkahwin dengan lelaki terbabit pada 1 Mac 2014 di Langkawi selepas 12 tahun hidup menjanda.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..