Rozita Che Wan pula jual bajunya serendah RM30!

Pada: Selasa, 5 April 2016
Selepas Datuk Siti Nurhaliza menjual pakaiannya, kini giliran aktres Rozita Che Wan atau Che Ta pula menjual koleksi barangan terpakai seperti baju, beg tangan dan kasut berjenama yang pernah digunakan.

Che Ta berkata, penjualan barang-barang itu dilakukan selepas menyedari terlalu banyak pakaian yang tidak lagi dipakai yang kini memenuhi ruang kondominium untuk menyimpan koleksi peribadi.


"Saya ambil keputusan jual sahaja baju-baju, beg tangan dan kasut yang tidak dipakai kepada mereka yang berminat untuk menambah koleksi.

"Baju-baju itu masih elok dan semuanya saya pakai sekali sahaja, saya sudah pening kepala tengok pakaian tersebut kerana terlalu banyak," ujar
Selain barangan itu, Rozita turut menjual baju-baju koleksi pakaian anak perempuannya iaitu Aaishah Dhia Rana yang berusia setahun di akaun Instagram @prelovedbyrcw yang dibuka sejak enam bulan lalu.

Sehingga kini akaun Instagram itu sudah mempunyai 37,809 pengikut dengan 432 gambar baju, kasut dan beg tangan yang dimuat naik untuk dijual.

"Paling murah hanya RM30 sahaja dan mahal pun dalam RM1,000 bagi pakaian dan saya tidak ambil untung pun sebab memang ingin jual kepada siapa yang berminat menyimpannya. Manakala beg tangan mengikut harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan jenama tersebut.

"Kebanyakan baju yang dijual adalah jenama daripada pereka fesyen tempatan seperti Qudyn dan Calvin Thoo. Ada juga baju kasual siap pakai seperti koleksi Zara, Mango dan Miss Sulfridge." ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..