Perkahwinan ala Nora Danish yang mengejutkan..

Pada: Rabu, 13 April 2016
Bagaikan tarik lali, berahsia dan setiap kenyataan yang diberikan seolah-olah tidak menemui jawapan yang sebenarnya.

Berita Nora Danish yang mengakui bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini menjadi topik panas yang dibualkan ramai.

Namun, Nora dalam kenyataan terbaru beliau berkata, beliau mahu majlis raja sehari beliau kali ini berlangsung secara sederhana sahaja.

Tambah Nora, biarlah kali ini beliau berkahwin kerana Allah SWT dan bukan demi cinta semata-mata.
Cinta memang cinta, tetapi paling penting dalam perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah hubungan. Itu yang saya cari. Nedim juga memang seorang lelaki yang baik. Saya tidak nafikan pandangan orang lain terhadap dia, namun dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang dicari.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..