Pendirian terbaik Yuna bila diminta buka tudung di Amerika

Pada: Selasa, 26 April 2016
Hebat dan tabah betul Yuna di negara orang. Walaupun bukan di negara bukan Islam tapi pendirian Yuna untuk bertudung memang kuat. Dia tidak terikut-ikut dengan trend dan budaya negara Amerika tapi lebih bangga memakai tudung daripada berseksi.


“Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia. Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri”

“Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas,” jelas Yuna kepada majalah hiburan Billboard

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..