Panas!. Fizo kecewa komen Wardina

Pada: Khamis, 14 April 2016
Selepas menerima pelbagai kecaman berikutan tersebarnya video fanatik peminat tudung Fareeda yang merusuh dihadapan butik itu untuk mendapatkan koleksi terbaru, Fizo Omar bersama isteri, tampil memberi penjelasan. Beliau turut menyatakan kekecewaan kepada sesetengah pihak yang menyamakan pelanggan mereka sama seperti binatang.

“Saya berasa kecewa apabila ada pihak menyamakan peminat dan penjual kami dengan binatang. Sekurang-kurangnya mereka berusaha mencari rezeki. Kami tidak rancang untuk jadikan mereka sedemikian, kami sendiri tak jangka situasi itu boleh sampai ke tahap ini. Kami dah cuba yang terbaik dan termampu pada hari tersebut”

“Video yang dimuat naik itu sebenarnya salah satu strategi pemasaran kami, keadaan dimana lelaki dan perempuan bercampur itu adalah diluar kawalan kami kerana peminat memang agresif pada hari itu. Malah cermin bank disebelah kami turut retak disebabkan mereka tolak-menolak,” katanya kepada sidang media berhubung perkara tersebut.
Tambahnya lagi, pihaknya juga telah menukar sistem nombor pada sebelah petang bagi mengelakkan pembeli bermalam disebelah kedai. Namun mungkin keadaan menjadi agresif kerana nombor giliran adalah terhad, walaupun anggota polis dan Rela sudah disediakan, mereka tetap tidak mampu mengawal apa yang berlaku.

Sementara itu apabila ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan pihak Fareeda mengupah orang untuk membeli rekaan terbarunya sebagai salah satu teknik pemasaran, Fizo menafikannya ini kerana kebanyakan pembeli yang datang pada hari tersebut juga terdiri daripada penjual yang membeli tudung itu untuk dipasarkan semula.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..