Pakaian sedondon Zizan, Vie Shantie.. WOW

Pada: Ahad, 17 April 2016

Meskipun beberapa kali menafikan mereka sedang bercinta, Zizan Razak dan Vie Shantie Khan masih lagi menjadi tumpuan ramai. Beberapa pihak yakin mereka sebenarnya sedang menjalinkan hubungan istimewa cuma tidak mahu mengaku, lebih-lebih lagi mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon di majlis perkahwinan adik perempuan Vie.

Melihat mereka sedondon, peminat mula mendoakan yang terbaik buat mereka dan merestui percintaan Zizan dan Vie.

Namu, Zizan sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.


Entahlah! Selalunya saya akan post di Intagram, lepas itu dah tak tengok lagi. Sekarang baru tahu ia menjadi isu. Kalau tak, saya tak tahu. Sama ada peminat suka atau tidak, itu adalah pandangan orang. Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana ia melibatkan pendapat masing-masing.

Walaupun rata-rata peminat mungkin setuju dengan ‘hubungan’ sebegitu, tetapi buat masa ini saya tidak dapat komen apa-apa kerana kami hanya kawan biasa. Hanya setakat itu sahajalah.

Tak apa. Saya okey sahaja dengan gosip-gosip yang datang. Saya selebriti, jadi saya harus terima semua kenyataan itu dengan terbuka.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..