Novel 'selfie' Hafiz Hamidun, apa dah terjadi kini?

Pada: Sabtu, 23 April 2016

Ramai yang mengkriti novel 'selfie' Hafiz Hamidun yang dilancarkan baru-baru ini. Termasuk juga kritikan rakan selebriti, Redza Minhat yang menganggap potensi sebenar sebuah novel dengan bermodalkan selfie.

Namun Redza tidak menujukan kepada novel dan siapa penulisnya di dalam kenyataannya itu. Yang memaranjatkan novel Hafiz itu kini difahamkan sangat laris di pasaran.

Dapat publisiti juga akibat kritikan orang ramai ni. Tahniah Hafiz

“Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti”

“Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu. Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskhah,” katanya kepada BH Online

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..