Nora Danish tersentap apabila main hp di sebuah restoran SEBAB...

Pada: Khamis, 14 April 2016
Nora Danish memilih Iceland untuk mengadakan sesi fotografi koleksi terbaharu bawah labelnya Owl by Nora Danish kerana menyukai filem Dilwale yang turut menjalani penggambaran di negara itu.

Nora berkata, pemergiannya ke negara berkenaan bukan sahaja untuk tujuan kerja sebaliknya mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga dan anaknya, Putra Rayqal.

Berkongsi lanjut pengalaman di Iceland, Nora berkata, dia sukakan keramahan masyarakat di Reykjavik selain menyifatkan ia sebuah bandar yang cukup cantik dan tenang.

"Masyarakat di sana memang ramah dan juga mengambil berat terhadap orang sekeliling. Pernah ketika kami singgah di sebuah restoran untuk makan, kami masing-masing asyik dengan telefon.

"Melihat keadaan itu mereka menegur kami agar menyimpan telefon dan berbual di antara satu sama lain.

"Apabila melihat sekeliling masyarakat tempatan yang berada di dalam restoran tersebut memang tiada seorang pun memegang telefon dan membuatkan kami malu dan menyimpan telefon," jelasnya memetik mStar Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..