Nadiya Nisaa hamil anak ke-2, usia 5 bulan (4 gambar)

Pada: Isnin, 4 April 2016
Nadiya Nisaa memilih untuk berehat sementara daripada menerima sebarang tawaran berlakon berikutan kehamilan anak kedua membuatkan beliau mudah berasa penat.


"Kehamilan kali ini membuatkan saya lebih letih, mungkin kerana cuaca panas atau faktor usia. Biarpun kandungan baharu menjangkau lima bulan, saya sukar untuk menjalani rutin harian seperti biasa.

"Saya membuat keputusan untuk tidak lagi menerima sebarang tawaran sehinggalah habis proses berpantang. Namun, saya ketika ini masih terikat dengan sebuah produksi telefilem. Kesungguhan mereka untuk mengambil saya berlakon membuatkan saya bersetuju,"
Kata Nadiya, memandangkan dirinya sudah mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun, beliau kini menginginkan anak perempuan pula.
"Kehadiran anak perempuan tentu saja melengkapkan keluarga kecil saya. Begitupun buat masa ini, jantina anak belum dapat diketahui lagi," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..