Mohon maaf atau di saman! -Faye Kusairi

Pada: Jumaat, 1 April 2016
Sebelum ini, terdapat cakap-cakap bahawa pelakon Faye Kusairi ialah punca perceraian Elly Mazlein dengan pengarah Azmi Hatta. Khabarnya, Elly turut membuat dakwaan itu dalam laporan sebuah akhbar. Kepada Harian Metro, Faye memberitahu yang dia menuntut Elly membuat permohonan maaf terbuka terhadapnya dalam masa sebulan hingga dua bulan sekiranya mahu mengelak tindakan saman.


Dia tidak menjawab permintaan saya dan belum meminta maaf. Dia berkata tidak menuduh sesiapa, jadi bukanlah saya yang menjadi punca.

Saya cuma mahu melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat. Saya mahu tegakkan kebenaran yang saya bukan punca perceraian mereka. Perkara lain, anda boleh bertanya dengan peguam saya." -Faye memetik HarianMetro
Faye menambah, keadaan Elly yang tertekan dan sedih setelah apa yang berlaku ketika dalam tempoh berpantang juga mungkin menyebabkan dia senang dipengaruhi oleh orang lain sehingga membuat tuduhan seperti itu.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..