Mia Sara menangis perniagaan tudungnya tidak laku..

Pada: Jumaat, 22 April 2016
Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha kini mengorak langkah menceburi bidang perniagaan tudung dan busana menerusi jenamanya sendiri, Mia Sara (MS) Couture.

Berkongsi pengalaman saat mula-mula mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Dedah Mia, pernah satu ketika tidak ada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

Walaupun pernah berasa putus asa, Mia nekad meneruskan perniagaan secara serius sekembalinya daripada mengerjakan umrah dan bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember tahun lalu lapor Malaysian Digest.


“MS Couture ni pada mulanya sangat kecil. Masa tu kami jual tudung bawah khemah jer, di Kampung Batu. Pernah ada ketika, tiada seorang pelanggan pun yang datang membeli tudung Mia.

“Sampaikan pernah Mia rasa macam putus asa dan cadangkan pada papa agar buat saja jualan secara online tapi kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,”

Tapi hari ini Mia bersyukur dan tak sangka MS Couture ni semakin besar dan Mia sekarang sudah ada jenama tudung sendiri. Segala penat lelah dan usaha keras saya, papa dan rakan kongsi kami abang Azman berbaloi

“Mia harap tidak ada lah mana-mana pihak yang meniru koleksi MS Couture. Daripada mereka meniru dan menjual yang tiruan, mereka akan buat Mia sakit hati. Lebih elok kalau mereka jadi stokis jenama Mia sebab sekurang-kurangnya boleh dapat keuntungan,” katanya yang kini mempunyai sebanyak 13 wakil stokis di seluruh negara termasuk juga di Singapura.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..