Kembar Siti Nurhaliza + Neelofa?

Pada: Khamis, 28 April 2016
Seorang wanita mirip selebriti terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa iaitu Maisarah Raihan mengakui rezekinya semakin murah apabila ditawarkan untuk menjadi model dan duta produk.

Maisarah, 20, berkata, kehidupannya turut mendapat perhatian selepas gambar-gambar peribadi menjadi menjadi viral di laman sosial awal bulan lalu.

"Sejak zaman sekolah lagi ramai yang tegur saya seperti Izara Aishah, namun bila sudah meningkat dewasa dan memakai tudung ramai pula menyapa saya seperti Siti Nurhaliza dan Neelofa.

"Secara jujurnya, selepas gambar saya menjadi viral kerana dikatakan seperti beberapa artis memang memberi rezeki. Saya banyak menerima tawaran menjadi model dan duta produk," ujarnya kepada mStar Online

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..