Kehidupan terkini Fasha Sandha, soal anak-anaknya..

Pada: Selasa, 5 April 2016
Pelakon Fasha Sanda mengakui hidupnya kini lebih tenang selepas bercerai.

"Kami berpisah bukan kerana kehendak masing-masing tetapi kerana keadaan. Jadi selepas berpisah, hidup saya kini lebih tenang.

"Bagaimanapun hubungan antara saya dengan bekas suami masih baik kerana dia adalah ayah kepada dua orang anak kami. Dia juga ada telefon tapi saya anggap itu lebih kepada atas urusan untuk anak-anak.

"Jadi bila dia beri ucapan hari lahir kepada saya, saya tak anggap apa-apa cuma mungkin sebagai penghargaan kepada saya sebagai ibu kepada anak-anaknya," jelas Fasha melalui MediaHiburan.
Fasha turut memberitahu bahawa penjagaan sepenuhnya anak adalah pada dirinya namun suami boleh melawat anak bila-bila masa yang diizinkan. Namun untuk membawa anak bermalam belum boleh lagi.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..