Kawan rapat dedah kebaikan arwah Mr. Os

Pada: Rabu, 13 April 2016
“Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.

“Dia beritahu kalau kalau 20 orang naik teksinya dalam sehari, seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah.

“Jadi dalam sehari dia sedekah RM100,” kata penceramah bebas Ustaz Hanafiah Abdul Malek menceritakan mengenai pelawak Allahyarham Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 55.
Mr Os kembali ke rahmatullah pada jam 2.45 petang Jumaat lalu di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru lapor Harian Metro.

Menurut Hafiah, dua minggu lalu, Mr Os pernah berbisik kepadanya menyatakan mahu mati syahid pada satu forum dakwah di Gerik, Perak.
“Ustaz, saya nak mati syahid, saya nak mati ketika berdakwah. Saya mahu bantu Zakat Perak sedaya upaya supaya lebih ramai bayar zakat," bisik pelawak itu kepada Hanafiah pada Jumaat, 25 Mac lalu.
Genap dua minggu selepas menyatakan hasratnya itu, Mr Os meninggal dunia dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata Taman Seri Gombak .

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..