Jimmy seorang bapa yang tak bertanggungjawab! - ibu Suhaila

Pada: Isnin, 4 April 2016
Datin Monirah Kassim, ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi tidak dapat berhenti meluahkan rasa kekecewaanya apabila anak perempuan tunggalnya itu dihukum penjara tiga hari kerana menghalang hak lawatan bermalam Jimmy terhadap anak mereka, Zahra Rania, 3.

Monirah memberitahu Malaysia Gazzette:


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jimmy kerana berperangai seperti ‘bapa kura-kura’dengan membiarkan anaknya berjalan dan membesar sendiri.

Jimmy seorang bapa yang tak bertanggungjawab kerana jika dia bertanggungjawab dia akan memberi nafkah anaknya, namun selama ini satu sen pun dia tak pernah beri.
Makamah Syariah Shah Alam memerintahkan hukuman tiga hari penjara kepada Suhaila walaupun setelah mendengar rayuan wanita itu. Ia adalah hukuman yang diringankan dari hukuman asal.
Jimmy telah pun ambil anaknya dan tidur semalam bersama anak itu, malah dia ada muat naik gambar bermalam dengan anaknya ke media sosial.
Monirah menambah yang tindakan Jimmy hanyalah kerana mahu membalas dendam pada Suhaila tanpa memikirkan kebajikan anak perempuannya. Katanya, Jimmy tidak pernah melawat anak atau cuba untuk merapatkan hubungan dengan anak itu termasuk menghubunginya dan menyambut ulang tahun kelahirannya.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..