Inilah sebabnya mengapa Nabil enggan berlakon!

Pada: Jumaat, 15 April 2016
Nabil Ahmad menjelaskan salah satu sebab dia menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama kerana untuk menjaga batasan daripada bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

Nabil,33, berkata, perkara itu antara cabaran yang perlu dilalui selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji pada September tahun lalu.
"Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

"Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan,

"Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.

"Biarlah orang tidak nampak perubahan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..