Hidung diejek ini tindakan Siti Sarah yang mengejutkan!

Pada: Selasa, 12 April 2016
Sarah Raisuddin mengakui pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.

Sarah, 32, berkata, sebagai manusia biasa dia juga ingin kelihatan cantik seperti wanita lain biarpun hasratnya itu tidak pernah diluahkan secara terbuka.

"Sehingga saat saya meluahkan perasaan berhubung isu hidung di Instagram baru-baru ini saya pernah terfikir untuk melakukan pembedahan kerana sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita ingin kelihatan cantik,"

"Saya sedar sekiranya saya ikutkan rasa hati saya sudah menidakkan ciptaan sebaik-baiknya yang Allah berikan kepada saya selain membuktikan saya seorang yang tidak kuat dalam mengharungi dugaan kecil itu.

"Alhamdulillah keterbukaan saya bercakap secara terbuka mengenainya telah membuang jauh-jauh keinginan untuk melakukan pembedahan kerana ia perbuatan sia-sia," katanya
Malah kata Sarah, dia juga pernah menyatakan hasrat untuk melakukan pembedahan tersebut kepada suaminya iaitu pelawak Shuib Sepahtu namun lelaki berkenaan memberitahu dia menerimanya seadanya.

Gara-gara sering diejek berhubung fizikal hidungnya yang dikatakan tidak sempurna, penyanyi Siti
"Saya pernah tanya suami hendak buat pembedahan bagi mencantikkan hidung tetapi dia sentiasa memberitahu dia cintakan saya seadanya.

"Tanpa melarang atau membenarkan dia menekankan saya cantik kerana diri saya dan tidak memerlukan sebarang perubahan," ujarnya kepada mStar Online .

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..