Hasrat Wan Maimunah nak berkahwin lagi..

Pada: Jumaat, 15 April 2016
Wan Maimunah atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan memberitahu yang dia tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima mana-mana lelaki yang mahu memperisterikannya lagi.


“Tidak malu untuk mengatakan pada umur sekarang, saya tetap mahukan seorang suami untuk menghabiskan sisa-sisa hayat yang ada. Alam perkahwinan itu bukan untuk orang muda sahaja, malah untuk setiap hamba-Nya yang sememangnya diciptakan berpasangan.

“Keinginan saya ketika ini adalah untuk mati atas pangkuan suami jika ajal saya sampai dahulu. Saya mahu jenazah dimandikannya. Itulah permintaan saya. Jika sebaliknya, begitulah yang ingin saya lakukan terhadap jenazah suami. Tiada lagi keinginan lain di kala waktu senja ini,” akuinya.

Mengenai ciri-ciri lelaki tersebut, sedikit pun Mak Wan tidak meletakkan ketetapan selain mampu meneruskan ungkapan mas kahwinnya tiga tahun lalu iaitu individu yang mampu membimbingnya ke jalan Allah.

Lagipun katanya, sekurang-kurang andai mempunyai suami, ada juga orang yang boleh mengambil berat akan makan minumnya atau sakit sihatnya.

“Saya sedar, pada umur ini tiada perkara lain boleh didambakan selain yang dinyatakan tadi. Itu sudah memadai.

“Walaupun anak-anak semua sering bertanya khabar dan tidak pernah mengabaikannya, namun wanita yang bersuami lain rasanya. Setiap perbuatan menjanjikan pahala, itu yang saya mahukan,” jelasnya lagi memetik portal Utusan.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..