Hadiah harijadi Zizan Razak sebuah kereta.... (10 gambar)

Pada: Selasa, 26 April 2016


Zizan Razak teruja sebaik sahaja melihat kereta Sport dihadiahkan peminatnya sempena hari lahirnya yang ke-32.

Bagaimanapun hadiah tersebut bukanlah dalam bentuk kereta sebenar tetapi sebiji kek kereta Sport dalam bentuk 3D yang ditempah khas oleh peminat kepada selebriti kesayangan mereka itu.

Selain itu, Zizan menerima hadiah berupa sepasang ‘Nike Men’s Air Jordan’.

Majlis sambutan hari lahir Zizan berlangsung dengan meriah bertempat di Ruang, Shah Alam, pada malam Sabtu. -MediaHiburan


Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..