Fizo akui ada pelanggan yang dibayar TAPI..

Pada: Selasa, 19 April 2016
Akhirnya Fizo Omar mengakui yang ada pelanggan yang dibayar ketika majlis perasmian produk baru tudung Fareeda baru-baru ini. Namun mereka bukalah dibayar oleh pihak Fareeda sebaliknya ejen-ejen Fareeda.
“Memang mereka dibayar, tetapi bukan oleh pihak Fareeda. Mereka dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung Fareeda. Untuk pengetahuan semua, setiap seorang hanya boleh dapat satu nombor dan membeli sebanyak empat helai”

“Maka, disebabkan itu ada ejen yang mengupah 10 orang barangkali untuk membeli nombor giliran. Jadi, tidak ada isu pihak Fareeda mengupah atau membayar mana-mana individu untuk berebut-rebut mengambil nombor giliran,” kata Fizo memetik Kosmo!

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..