Cara Shahrol uji isteri barunya..

Pada: Selasa, 19 April 2016

Shahrol Shiro menggunakan anak lelakinya, Muhd Adam Danish untuk menguji keikhlasan hati isterinya, Nor Farhanan Syamimi sebelum dia mengambil keputusan berkahwin dengan wanita berkenaan.

Shahrol berkata, cara layanan dan keserasian di antara mereka berdua membuatkan dia yakin Nor Farhanan adalah wanita yang layak untuk dijadikan teman hidupnya.


"Antara perkara yang saya uji dia adalah anak saya menerusi perkahwinan terdahulu dan Alhamdulillah keserasian mereka cukup baik dan ia melegakan hati saya.

"Malah anak saya cukup rapat dengannya dan memanggilnya mama," kata Shahrol.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..