Blog Rotikaya bakal disaman RM1 juta!

Pada: Jumaat, 1 April 2016
Penyanyi utama kumpulan 'Shades', Wan Shades memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya, empat tahun lepas.

Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini dengan menamakan Nor Hamzie Md Hambali, 31, sebagai defendan.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Faizal mendakwa pada 20 Feb 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog tersebut yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna internet.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri seperti yang dinyatakan oleh defendan.

Mohamad Faizal mendakwa beliau juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa di mana-mana mahkamah berhubung kejadian rogol seperti dinyatakan oleh defendan.

Menurutnya, defendan juga tidak pernah mendapat pengesahan daripadanya berhubung artikel itu sebelum ia diterbitkan.

Justeru, beliau menuntut ganti rugi, teladan, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..