Berita Siti Nurhaliza hamil, ini komen kecewa pengurusnya..

Pada: Khamis, 28 April 2016
Pengurus kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak meluahkan rasa kecewanya terhadap satu laman page Facebook iaitu Kaki Share berikutan menyebarkan berita palsu mengatakan penyanyi popular itu sedang hamil.


Susulan itu, Rozi meminta agar pemilik akaun Facebook tersebut memadam artikel tersebut sekali gus menghentikan penyebaran berta palsu itu.

Menurut Rozi, 42, kenyataanya terhadap sebuah portal online telah dimanupulasi oleh laman page tersebut dan menyifatkan tindakan itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
“Saya kecewa dengan tindakan mereka. Disebabkan status dimuat naik itu membuatkan banyak pihak membaca dan mempercayainya. Malah banyak yang berkongsi di ‘page’ Facebook masing-masing.

“Saya yakin dan percaya pemilik akaun ini ialah orang Islam dan berbangsa Melayu. Jadi tentu dia mengetahui hukum memfitnah itu berdosa besar,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, Kaki Share memuat naik satu artikel dengan menggunakan tajuk, ‘Terkini.. Siti Nurhaliza Hamil, Pengurus Siti Rozi Cipta Puisi Sepanjang Kehamilan Siti.”

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..