Berita palsu Awie meninggal dunia.. ini komen Awie.. (Video)

Pada: Isnin, 11 April 2016
Sekali lagi netizen kecoh gara-gara tersebarnya khabar angin kononnya penyanyi Awie terbabit dalam kemalangan. Vokalis kumpulan rock otai, Wings itu menyifatkan berita palsu itu sebagai fitnah yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Awie berkata, dia tidak terbabit dalam kemalangan dan berada dalam keadaan sihat.

video

"Saya kini berada di Phuket, Thailand bagi bagi menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2.

"Saya masih lagi hidup dan berita kononnya saya terbabit dengan kemalangan dan meninggal dunia adalah palsu," katanya memetik Bharian Online
Semalam, Awie dikatakan terbabit dengan kemalangan jalan raya di Phuket. Berita itu menjadi bualan ramai netizen sehingga menjadi tanda tanya.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..