Bakal suami Raja ema..

Pada: Selasa, 12 April 2016
Bergelar status ibu tunggal kepada dua orang anak, Raja Ema memberitahu menerusi Bharian semalam yang dia akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris selepas hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Malah, Raja Ema juga memberitahu beliau akan berhijrah ke London bersama suaminya nanti.

Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan, mungkin majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti, sekali gus menyaksikan noktah dalam kerjaya lakonan saya.

Sekiranya ada jodoh saya terpaka berhenti berlakon dan mengikut bakal suami berhijrah ke London. Bakal suami seorang ahli perniagaan berusia 40-an dan berdarah kacukan.

Walaupun orang Malaysia, tetapi sudah lama menetap di London. Tugasannya pula memerlukannya terbang ke China, Dubai dan Paris. Agak sukar jika kami tinggal berjauhan kerana beliau selalu sibuk.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..