Apa tak kena dengan anak Che Ta ni..? (2 gambar)

Pada: Khamis, 7 April 2016
Rozita Che Wan atau Che Ta sekali lagi menjadi tumpuan ramai kerana memakaikan baju anaknya, Aaisyah Dhia Rana dengan baju bergambar seekor anjing.

Rata-rata dilihat memberikan komen gambar itu tidak sesuai untuk Aaisyah dan mengatakan banyak lagi gambar lain tetapi mengapa memilih gambar anjing, haiwan bertaraf najis mughallazah lapor Mynewshub.


Melihat kepada laman sosial Che Ta, gambar berkenaan dipercayai diambil ketika aktres tersebut dan anaknya itu sedang dalam perjalanan untuk bercuti ke luar negara baru baru ini.

Ramai yang mula memberikan pandangan, teguran dan ada yang berbalas komen sesama sendiri sehingga mencetuskan pergaduhan di ruangan komen gambar tersebut.

Walaubagaimanapun, Che Ta masih belum memberikan apa-apa komen bekenaan perkara tersebut, malah gambar itu juga dibiarkan sahaja di laman sosialnya.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..