Akhirnya Rita Rudaini menang kes perbicaraan dengan Aidil

Pada: Rabu, 27 April 2016
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, memerintahkan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zakuan Abd Razak membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mawardi Che Man turut memerintahkan Mohamad Aidil yang juga pemain pertahanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Mohamad Aidil Zakuan, 29, yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak juga dikehendaki membayar kedua-dua jumlah berkenaan dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Rita, 40, yang diwakili peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan berkenaan pada 14 Disember 2013.

Pelakon itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, Rita turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memerintahkan Aidil membayar RM30,000 untuk tuntutan mutaah terbabit. -HarianMetro

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..