Adik Eira Syazira tampil bagi komen kasut tiruan..

Pada: Jumaat, 22 April 2016
Berita mengenai penipua jenama kasut tiruan oleh Eira Syazira yang diluahkan oleh pembelinya telah mendapat liputan yang hangat.

Namun Eira belum lagi tampil memberikan penjelasan mengenainya. Adiknya, yang juga pelakon, Syafnida sempat memberikan komen mengenai hal itu memetik MediaHiburan

"Mengenai jual kasut ciplak itu langsung tidak pernah wujud, apa yang saya tahu kasut yang dijual Eira adalah asli tulen cuma dapat dari kilang.

"Mungkin di sini ada salah faham dari segi pertukaran barang dan Eira sendiri sudahpun kembalikan barang tersebut dan bayar balik kepada pelanggan berkenaan.

"Walau bagaimanapun, perkara itu tidak tidak terbitkan malah hanya perkara negatif sahaja di highlightkan. Bagi saya, mana-mana perniagaan tidak semua perfect mesti ada kekurangan, mungkin pada pelanggan atau 'reseller' itu sendiri. Cuma Eira ini artis jadi perkara nampak lagi besar dan jadi rumit," jelas Syafnida

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..