45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah - Rosyam Nor

Pada: Ahad, 17 April 2016

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor tidak malu untuk mengakui bahawa beliau tidak pandai mengaji sehingga usianya 45 tahun. Rosyam memberitahu beliau hanya menghafal tiga surah iaitu Al-Fatihah, An- Nas serta Al-Ikhlas sahaja.

Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah. Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan Allah SWT.

Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji.Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama.
Namun, niat beliau yang sudah lama untuk belajar membaca Al-Quran termakbul apabila didatangi seorang lelaki yang beliau tidak kenal ketika menjalani penggambaran akhir filem KL Gangster 2. Pada awalnya Rosyam merasa rimas kerana sering diganggu oleh lelaki berkenaan. Walaubagaimanapun, lama kelamaan ia seakan membuka ruang untuk Rosyam menemui sinar baru dalam kehidupannya.

Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa.

Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya.

Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta.

Rosyam juga memberitahu tahun lalu pada usia 48 tahun, beliau akhirnya berjaya khatam Al-Quran di hadapan Kaabah.

Hidayah itu kalau hendak datang, sekejap sahaja bukan? Apa yang penting jangan pernah mengaku malu untuk belajar sesuatu.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..