Uqasha Senrose disamakan dengan Squidward!

Pada: Ahad, 13 Mac 2016

Disamakan Dengan Handsome Squidward, Ini Respon Uqasha Senrose
Baru-baru ini engendali laman Himpunan Cerita Lawak, memuat naik gambar 'Handsome Squidward' dengan kapsyen, "Uqasha Senrose", mengundang banyak kritikan netizen.

Gambar tersebut disamakan dengan Uqasha kerana bentuk pipi kedua-duanya yang cengkung dan bibir mungil kelihatan agak serupa lapor Pixelperfext.

"Kalau tak suka Uqasha Senrose, janganlah sampai memperlekehkan dia seperti ini. Siapa kita untuk mengutuk ciptaan Allah? Kita semua sama saja," kata Ayura Arryan.
Rata-rata netizen menganggap pengendali laman itu cuba mengaibkan pelakon wanita terbabit.

Bagaimanapun, pengendali laman itu tampil meminta maaf dan menyatakan bahawa mereka hanya bergurau sahaja.
"Sorry, kita gurau jew," katanya.
Apa yang menariknya, gambar itu telah menarik perhatian tuan empunya badan yang turut meninggalkan komennya di situ.
"Apa ni?" kata Uqasha yang disertai dengan emoticon terkejut.
Mujurlah Uqasha tidak berasa kecil hati dengan gurauan pengendali laman tersebut.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..