Siti Nordiana komen gosip bercinta dengan pengurus sendiri..

Pada: Rabu, 23 Mac 2016
Selama lima tahun Siti Nordiana mendapat bantuan seorang pengurus lelaki bernama Ben, tidak pernah ada yang mengatakan mereka bercinta sebelum. Namun sekarang timbul pula gosip mengatakan Siti Nordiana bermain cinta dengan pengurus sendiri.

Siti Nordiana menegaskan tiada hubungan istimewa antara dia dengan lelaki tersebut. Malah Nana akui belum masanya untuk hubungan yang serius dalam masa terdekat.
“Saya sudah tahu pasti akan timbul isu sebegini. Sebelum ini orang tidak pernah ambil peduli, tetapi sekarang orang akan bercakap tentang saya.

“Memang kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Dia (Ben) sudah lama bekerja dengan saya dan menjaga jadual saya sejak lima tahun lalu.

“Dia hanyalah seorang pengurus dan disebabkan dia juga yang selalu menghantar saya apabila membuat persembahan, mungkin ada yang beranggapan kami bercinta.

“Saya lebih suka berdiam dalam hal ini untuk menutup mulut orang yang bercakap tentang saya,” ujar Nana

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..