'Sia-sia bapak kau bayar ribu riban untuk sekolahkan kau'. PANAS!

Pada: Selasa, 8 Mac 2016

Baru sahaja reda kontroversi mengenai video adik selebriti ini yang membandingkan kelebihan bersekolah swasta dan kerajaan, nama Ameera sekali lagi menjadi bualan orang ramai.

Kali ini, fesyen yang dikenakan oleh adik Neelofa inipula menjadi krtikan netizen. Baju jarang, seluar singkat dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya yang berhijab.


Menerusi laman Instagramnya, foto-foto yang dimuatnaik ini telah mendapat kritikan demi kritikan daripada netizen. Malah, ada juga yang mengaitkan isu ini dengan isu sekolah swasta yang menjadi viral baru-baru ini lapor sebuah blog.

Dakwa mereka, pemikiran Ameera banyak dipengaruhi oleh persekitaran sekolah swasta sehingga tidak menjada tatasusila sebagai seorang gadis Islam yang berhijab yang seharusnya menutup aurat dengan sempurna.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang mempertahankan adik Neelofa ini dengan menyatakan bahawa gadis ini baru berusia belasan tahun dan masih belum cukup matang.

Namun, lebih menarik perhatian lagi, laman Facebook Amran Fans juga telah memberikan status pedas terhadap gambar tersebut. Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi kenyataan balas daripada pihak Ameera sendiri mengenai isu ini.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..