Sekitar pernikahan Jihan Muse (5 gambar)

Pada: Isnin, 21 Mac 2016
Dengan sekali lafaz, pelawak dan pengacara popular Jihan Muse selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz Faizal, 31, kira-kira pukul 3.22 petang Ahad.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan.

Pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran, manakala pihak perempuan turut membalas lima dulang hantaran.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam. -mStar


Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..