Rozana Misbun sembunyi kecederaan yang dilakukan oleh Awie?

Pada: Khamis, 3 Mac 2016

Bekas isteri penyanyi rock popular Awie, Rozana Misbun cuba menyembunyikan punca sebenar kecederaan yang dialaminya, demikian katanya di Mahkamah Majistret Ampang semalam.

Pakar bedah am, Jabatan Kecemasan, Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata beliau juga tidak memaksa Rozana, 38, untuk memberitahu punca kecederaan itu kerana ia adalah hak pesakit.

"Dia cuba untuk melindungi sesuatu. Dia tidak memberitahu saya apa punca kecederaan, dia juga tidak beritahu kenapa,"

"Kecederaan itu disebabkan objek tumpul. Ianya berbeza jika seseorang itu jatuh, kecederaannya adalah di kedua-dua bahagian anggota badan," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.
Dr Chan memberitahu beliau merawat Rozana pada 5 Jun 2014 dan membuat pemeriksaan X-ray serta pesakit itu dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Beliau bagaimanapun berkata selepas dua hari, Rozana meminta untuk pulang biarpun beliau menjelaskan risiko yang akan dialami akibat kecederaannya.
"Tiga minggu kemudian Rozana datang semula ke hospital dan imbasan X-ray mendapati tiada komplikasi pada tulang rusuknya yang retak itu dan rusuk itu sembuh dalam tempoh lima minggu selepas itu," katanya.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie, Dr Chan bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa kecederaan retak pada rusuk boleh berlaku akibat kemalangan termasuk semasa bersukan atau aktiviti lain. -mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..