Remy Ishak, sudah jatuh ditimpa tangga. Sabarlah..

Pada: Khamis, 17 Mac 2016
Sudah jatuh ditimpa tangga, Remy Ishak yang sebelum ini mendapat kesakitan di kakinya akibat bengkak nekad untuk membeli ais bagi mengurangkan bengkaknya tersebut. Namun apabila dia membeli ais, kereta yang dia naiki, Mitsubishi Tritin dilarikan pencuri memetik mStar.

Kejadian itu berlaku semalam di Seri Kembangan, Serdang selepas pulang dari latihan di Istana Budaya.

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan teater Cindua Mato di Istana Budaya dan singgah ke sebuah kedai berdekatan kawasan rumah untuk membeli ais kerana kaki saya bengkak.

"Tidak sampai beberapa minit saya dalam kedai berkenaan apabila saya keluar kereta saya sudah tiada," katanya

Mengikut Twitter Remy, dia memberi maklumat lanjut mengenai kereta tersebut..

- Mitsubishi Triton
- Berwarna hitam
- Nombor pendaftaran WSB 7332
- Hubungi pembantu peribadinya di talian 013-6293825

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..