Perkembangan terkini isu Awie, Rozana Misbun.. Akhirnya...

Pada: Selasa, 8 Mac 2016
Penyanyi Rock Awie dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.

Vokalis kumpulan Wings, yang nama sebenarnya ialah Ahmad Azhar Othman, 48, kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Rozana, 38.


"Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.

"Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing," kata penyanyi itu yang memakai kot dan kemeja serba hitam pada prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan.
Terdahulu, Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bertanyakan Rozana sama ada dia bersetuju kesalahan bekas suaminya dikompaun sebanyak RM10,000 dan wanita itu yang memakai kemeja putih dan berselendang hitam menganggukkan kepalanya.

Mahkamah turut memerintahkan wang ikat jamin RM9,000 dipulangkan semula kepada Awie.

Bapa kepada lima orang anak yang popular dengan lagu Tragedi Oktober itu membayar kompaun itu. -mStar

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..