Mira Filzah sudah dilamar untuk berkahwin TETAPI...

Pada: Jumaat, 25 Mac 2016
Kecantikan bukanlah ukuran sebenar untuk seseorang meminang orang. Apatah lagi jika dia sudah bergelar selebriti dan popular.

Itulah yang sering terjadi kepada Mira Filzah yang namanya kini semakin naik dan digilai ramai lelaki di luar sana.

Begitu banyak lamaran yang diterima di media sosial terhadap Mira namun semuanya ditolak sehinggakan ada yang menghantar resume.


“Ada yang cuba mengurat tapi dalam emel pun ada. Sehinggakan ada yang betul-betul nak meminang secara serius dengan siap bagi resume tunjukkan dia kerja apa semua itu. Tetapi saya anggap perkara ini biasa, mungkin kita dikenali”

“Buat masa ini tidak ada masa untuk bercinta lagi kerana saya cukup sibuk dengan kerja. Jadi biarlah saya fokus pada kerjaya dahulu,” jelas Mira Filzah yang berusia 23 tahun

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..