Mereka hanya tambah dosa sendiri - Almy Nadia

Pada: Isnin, 7 Mac 2016
Sebab badan terkini Almy Nadia yang tidak seperti dahulu, dia menerima banyak kritikan dan pertanyaan di laman sosial. Namun bagi Almy dia tidak berkecil hati dengan hal itu kerana mempunyai alasan yang tersendiri.

“Saya rasa mereka sudah tidak berguna pada saya. Kalau saya fikir dan terasa hati, mereka siapa dengan saya? Bukan Tuhan beri duit kepada saya untuk makan atau kerja. Mereka hanya boleh bercakap tetapi mereka hanya tambah dosa sendiri”

“Saya sedikit pun tidak kecil hati. Sebenarnya saya sudah kurus. Berat pun sudah turun ke sekitar 60 kilogram tetapi orang tidak nampak sebab saya tidak muat naik apa-apa gambar (di media sosial) tentang diri saya langsung”

“Saya tidak mahu muat naik sebab bila muat naik kena hina dan maki sebab orang tidak nampak. Orang cuma nampak masa saya gemuk. Impian kurus sudah tercapai tetapi tiba-tiba mengandung pula, rezeki Allah bagi. Kami tak rancang,” jelasnya kepada portal The Malay Mail Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..