Mawar isteri Fizo Omar hamil? status 'Alhamdulillah..'

Pada: Rabu, 30 Mac 2016
Fizo Omar, berharap tiada pihak yang tersalah sangka dengan status 'Alhamdulillah...' dimuat naik ke laman Instagram miliknya, baru-baru ini. Fizo terkejut kerana gara-gara status berkenaan, ramai pengikutnya menganggap isterinya, Mawar Abdul Karim, sudah pun hamil.
"Ramai yang salah faham dengan status berkenaan. Sebenarnya, status terbabit adalah untuk menyatakan kesyukuran saya dengan segala rezeki perniagaan kami.

"Saya terkejut juga dengan komen yang ditinggalkan di laman sosial. Tiba-tiba saja orang ucap tahniah. Tidak mengapa, saya menganggap ia sebagai doa buat kami," katanya kepada BH Online.
Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..