Luahan hati Eizlan Yusof terhadap Vie Shantie

Pada: Selasa, 8 Mac 2016
Bertahun hidup bersama sebagai suami isteri dan mempunyai tiga orang cahaya mata, nyata bukan mudah untuk Datuk Eizlan Yusof menghakis perasaan kasih sayang terhadap bekas isterinya Vie Shantie Khan.

Malah, Eizlan merasa cukup tertekan dengan gosip percintaan Vie bersama Zizan Razak yang sedang hangat diperkatakan sekarang apabila di asak dengan pelbagai persoalan mengenai perkara berkenaan.


Mempunyai niat untuk merujuk semula dengan Vie, Eizlan bagaimanapun seakan putus harapan selepas Vie tidak memberikan sebarang kata putus meskipun sudah tiga kali Eizlan memberitahu mahu merujuk semula.
"Saya akui ramai pihak seperti media dan orang luar sering bertanyakan perkara itu. Apabila terlalu kerap orang bertanya, ia menjadi tekanan sedangkan ia bukan urusan saya. Dia bukan lagi di bawah tanggungjawab saya dan bebas berkawan dengan sesiapa saja.

Rasanya sudah tiga kali saya menyatakan hasrat untuk kembali rujuk, tetapi pihak di sana tidak memberi sebarang kata putus. Fahamlah saya akan maksudnya."-Eizlan memetik Bharian Plus


Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..